TOKYO: Bagaikan sang suria terbit di sebelah timur, begitu juga permulaan pembangunan sukan papan selaju negara di negara matahari terbit tersebut.
Terdapat sinar dalam kegelapan apabila Malaysia memulakan program pendedahan awal sukan papan selaju hasil kerjasama Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MySKATE) dengan pasukan papan selaju profesional, The Razkals, yang memberi fokus kepada melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam sukan papan selaju.
Dua atlet dibawah naungan The Razkals, Muhammad Mer Nullah Khan, 13 tahun dan Mahathir Nor Daniel, 14 tahun kini berada di Tokyo, Jepun untuk menyertai Kejohanan Dunia Street, Jelajah Papan Selaju Dunia (WST).
Tujuan utama Muhammad atau lebih dikenali sebagai Momo Khan dan Mahathir di Tokyo adalah mendapat pendedahan awal bagi mempersiapkan atlet negara menghadapi kejohanan bertaraf dunia, selain layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Pengurus pasukan the Razkals, Shahrizul Ikwan Hussain, teruja dapat memulakan program pendedahan ini lebih awal, supaya Momo dan Mahathir bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi di masa hadapan.
“Pendedahan awal di Tokyo ini sangat penting kerana ramai jaguh sukan papan selaju yang sudah menjadi juara di kejohanan ternama dunia adalah dari Jepun pada usia yang sangat muda,” jelas Shahrizul.
“Kami mahu Momo dan Mahathir merasai pengalaman berkongsi gelanggang dengan yang terbaik di dunia dan melihat sendiri bagaimana latihan serta cara permainan atlet-atlet profesional dari seluruh dunia di hadapan mata mereka sendiri.
“Pergaulan dan latihan bersama-sama dengan atlet di sini diharap dapat membuka mata mereka dan memberi idea apa yang mereka boleh lakukan untuk menjadi seorang skater terbaik dunia.”
Program ini mendapat sokongan daripada badan pentadbiran sukan papan selaju negara, Persekutuan Sukan Beroda Malaysia (MySKATE) yang menguruskan penyertaan Momo dan Mahathir untuk menyertai kejohanan itu.
Menurut Presiden MySKATE, Idroose Tambarin, kedua-dua atlet tersebut (Momo dan Mahathir) mempunyai potensi tinggi untuk bersaing dengan atlet profesional luar negara di masa hadapan.
“Momo dan Mahathir sudah menunjukkan mereka mampu untuk menjadi atlet berprestasi tinggi apabila sudah memenangi banyak kejohanan tempatan pada usia yang sangat muda,” jelas Idroose.
“Pada Oktober, Mahathir berjaya mendapat tempat ketiga dalam penyertaan kejohanan sulung antarabangsanya di Bali, Indonesia, manakala Momo berada di tempat kesembilan.”
The Razkals dan MySKATE juga bersetuju untuk mewujudkan kerjasama di masa hadapan termasuk membangunkan sebuah master plan untuk memastikan Malaysia mempunyai atlet yang layak untuk mewakili negara dalam sukan papan selaju di Olimpik Los Angeles 2028.
“Kami juga menyokong usaha dan bersetuju untuk bekerjasama dengan pasukan the Razkals kerana pihak pengurusannya mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan atlet dan pernah menguruskan pembangunan atlet sukan ekstrem Malaysia di bawah persatuan terdahulu, Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (ESAM).
“Di bawah ESAM, mereka menguruskan pembangunan sukan atlet sukan ekstrem, selain menganjurkan sirkit kejohanan sukan ekstrem dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).”
“Kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan mana-mana penaja yang mendukung aspirasi pembangunan belia negara untuk mengangkat sukan skateboarding menjadi lebih daya saing di peringkat global untuk bersama-sama dengan MySKATE dan The Razkals untuk membangunkan sukan papan selaju.”
“Kita sangat terbuka untuk mana-mana pihak dalam agenda membangunkan sukan ini dan saya percaya semua pihak boleh memainkan peranan masing-masing di setiap peringkat.” jelas Idroose.
Jelajah dunia di Tokyo ini juga bakal disertai atlet tuan rumah, Yuto Horigome yang juga merupakan pemenang emas Olimpik papan selaju yang pertama kali diadakan pada Tokyo 2020.
Gelaran jaguh dunia bakal menjadi rebutan di Kejohanan Dunia Street Tokyo WST yang diadakan di Ariake Urban Sports Park, Tokyo dari 10-17 Disember.
Ia juga merupakan jelajah dunia bagi mengutip mata kelayakan untuk Olimpik Paris 2024.
Namun, Paris bukan sasaran MySKATE dan The Razkals kerana masa sudah suntuk, selain Momo dan Mahathir sudah terlepas beberapa siri kejohanan lain sebelum ini.
Malah mereka belum bersedia sepenuhnya untuk mengatasi jaguh dunia dan fokus diberikan sepenuhnya untuk pembangunan mereka bagi Los Angeles 2028 dan kejohanan-kejohanan lain.
Astro Awani
Wed Dec 13 2023
Mahathir (kiri) dan Momo di Ariake Arena Tokyo bagi menjalani program pendedahan awal sebagai persediaan untuk mengharungi kelayakan Olimpik di masa di hadapan. - Foto Frontside Media.
Kerajaan cadang akta pembangunan hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, idea penubuhan akta berikutan kehidupan moden dalam pembangunan bercampur merangkumi peruncitan, komersial, SOHO (pejabat kecil/pejabat rumah) dan kediaman perubatan.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
ICW, BUILDXPO 2024 sasar jualan RM1 Bilion tahun 2024
Setelah mencatat jualan 494.3 juta ringgit tahun lepas, minggu pembinaan antarabangsa (ICW) dan pameran industri bangunan dan pembinaan antarabangsa Malaysia (BUILDXPO) 2024 menyasarkan hasil jualan sebanyak RM1 bilion tahun ini.
Pertemuan bersama Presiden Poland signifikan - PM Anwar
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan beliau turut berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland Andrzej Duda semasa Forum Ekonomi Qatar 2024.
UKM buka kampus di Doha, PM Anwar bangga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembukaan bersejarah Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar hari ini telah meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia.
PM tiba di Republik Kyrgyz selama dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Republik Kyrgyz.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Salah guna e-visa, Malaysia mungkin hilang keistimewaan
Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman tegaskan, tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji boleh mencalar imej Malaysia dan mungkin merisikokan negara hilang keistimewaan yang dinikmati sejak 2022 diberikan Arab Saudi.
Dua pegawai penjara terbunuh, banduan terlepas dalam serangan hendap
Beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pengawai penjara menyebabkan dua terbunuh manakala dua lagi cedera parah.
76 tahun Nakba: Protes di Israel memuncak
Tahun ini, ia merupakan demonstrasi pro-Palestin yang jarang berlaku di Israel di tengah-tengah perang Gaza, selepas polis menghalang beberapa cubaan bantahan sebelum ini.
Aktivis politik Thailand meninggal dunia dalam tahanan
Netiporn 'Bung' Sanesangkhorn meninggal dunia selepas jantungnya "berhenti berfungsi secara tiba-tiba" pada Selasa pagi.
WST Tokyo 2023: Lima perkara dipelajari pasukan The Razkals dari Malaysia
Perjalanan Malaysia untuk menjadi antara yang terbaik dalam sukan papan selaju masih jauh, namun terdapat sinar jika usaha diteruskan.
Program pembangunan skateboarding negara bermula sekarang
MySKATE dan The Razkals bekerjasama untuk memulakan pembangunan sukan papan selaju negara di Kejohanan Dunia Street di Tokyo.